≠
Tahniah diucapkan kepada Adira Suhaimi yang
baru-baru ini telah merangkul kemenangan tr0fi Penyanyi Wanita P0pular di
Anugerah Bintang P0pular Berita Harian (ABPBH 2015). Namun disebalik
kegembiraan itu, ada desas desus mengatakan suami, Datuk Seri Adenan Abu tidak
membenarkan peminat bergambar dengan isterinya.
≠
“Pada saya perkara ini adalah salah faham. Suami
berbuat sedemikian sebab kasihan melihat saya yang sudah terlalu lama berdiri
sehingga hampir sejam semata-mata bergambar dengan peminat. Lagi pula ketika
itu sudah lewat malam, dengan saya kelaparan. Suami juga bercakap dengan baik,”
katanya kepada Harian Metr0.
≠
Hal ini tercetus berikutan ada sesetengah
peminat yang meluahkan rasa kecewa mereka menerusi laman s0sial kerana tidak
dapat bergambar dengan penyanyi kesayangan mereka yang menang pada malam itu.
Dikhabarkan, suami Adira bertindak menghalang peminat dari menyerbu untuk
mengambil gambar bersama.
≠
Pada masa yang sama, Adira turut mem0h0m maaf
jika sekiranya kejadian itu membuatkan ada sesetengah pihak terasa hati atau
kecewa dengan tindakan suaminya yang hanya kasihan melihatnya yang kepenatan. Bagaimanapun,
beliau telah cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua peminatnya.
0 comments:
Post a Comment