≠
Padah Akibat 'SUAMI GEMAR BUAT MAKSIAT BERSAMA
ISTERI'!! Suami TERKEJUT ISTERI CARI 6 LELAKI JADI MADU Bila SUAMI 0UTSTATI0N..Perempuan
Sekarang Memang HEBAT BILA HIDUP PERLUKAN TEMAN DAN NAFSU
≠
Saya telah berkahwin dengan isteri setahun
lepas. Biar pun baru namun kami sudah lama mengenali dan telah berkasih selama
10 tahun sebelum berkahwin. Sepanjang bercinta, kami tidak pernah menghadapi
masalah yang besar dan jarang bergaduh.
≠
Mengimbas apa yang berlaku sebelum berkahwin,
kami sebenarnya pernah terlanjur dan kerana menurut hawa nafsu kami mengulangi
perbuatan terkutuk itu. Satu hari, kami berdua ditangkap basah 0leh keluarganya
dan mereka bertindak memutuskan perhubungan kami. Kami akhirnya berjauhan
kerana tinggal di negeri berlainan.
≠
Saya terlalu mencintainya dan saya juga percaya
dia mencintai saya pada masa itu. Selama kami berjauhan, dia tidak pernah
menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sentiasa membalas surat dan panggilan
saya dengan penuh mesra dan kasih sayang. Dia juga pernah beberapa kali datang
berjumpa dengan saya tanpa pengetahuan ibu bapanya. Pada saya, dialah wanita
yang betul-betul istimewa dan mencintai saya sepenuh jiwa. Untuk pengetahuan
puan sepanjang perhubungan kami, saya tidak pernah berlaku curang dengan
perempuan lain walaupun saya banyak peluang untuk melakukan semua itu.
≠
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dia dapat
melanjutkan pelajaran di utara Semenanjung. Rupa-rupanya semasa melanjutkan
pelajaran, dia telah berlaku curang dengan meniduri enam 0rang lelaki dan dalam
masa yang sama masih menjadi kekasih saya. Perkara ini hanya saya ketahui
setelah kami berkahwin.
≠
Cukuplah di sini saya katakan bahawa dia terlalu
mudah untuk menyerahkan diri kepada lelaki-lelaki tersebut walaupun dia tahu
bahawa mereka tidak serius dengannya. Lelaki pertama yang dia tiduri adalah
rakan sibernya dan mereka melakukan hubungan seks pada kali pertama mereka
berjumpa.
≠
Seterusnya, lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup
dia hanyalah untuk memuaskan nafsunya sahaja kerana saya tidak dapat bersama
dengannya atas masalah kewangan yang tidak mengizinkan saya berjumpa dengan dia
selalu.
≠
Saya tidak faham kenapa dia sanggup bersama
dengan lelaki lain dengan begitu mudah dan dalam masa yang sama masih
menjalinkan hubungan dengan saya? Kenapa dia memilih saya untuk dijadikan
suami? Sudah puaskah dia melampiaskan nafsunya kepada lelaki-lelaki itu? Apa pun dia telah pun sah menjadi isteri saya
sekarang. Perkara ini telah diceritakan 0leh isteri semasa kami berbual k0s0ng
empat bulan lepas. Saya menguji dirinya bercerita tentang perkara yang pernah
dilakukan dulu. Saya tak pernah terfikir bahawa dia sanggup berkelakuan
sedemikian. Saya betul-betul percaya bahawa dia setia dan mencintai saya
sepenuh hati.
≠
Lelaki pertama menidurinya (rakan siber) itu
rupa-rupanya adalah kawan kepada kawan saya sendiri. Rakan itu pernah bercerita
dengan kami tentang se0rang wanita yang sanggup menidurinya walaupun baru
pertama kali bertemu. Pada masa itu, kami semua mentertawakan wanita tersebut.
Saya sendiri menganggap wanita itu b0d0h kerana menyerahkan keh0rmatannya pada
lelaki yang baru dikenali, Namun saya tidak menyangka bahawa wanita tersebut
adalah isteri saya saat ini.
≠
Sekarang ini, saya m0h0n nasihat puan bagaimana
saya hendak menghadapi dugaan yang begitu berat ini. Masih wujud rasa kasih
sayang kepadanya tetapi cinta itu semakin pudar. Pada hari akad nikah kami,
saya nekad untuk membahagiakan dirinya dan tidak akan menduakan dia tetapi
rupa-rupanya dia yang terlebih dahulu menduakan saya.
≠
Bagaimana saya hendak teruskan hidup dengannya.
Saya tahu kesalahan ini kisah lama, kira-kira lapan tahun lalu sebelum dia menjadi
isteri saya? Saya tidak dapat terima dia b0leh berlaku curang pada saya dan
dalam masa sama, tidur dengan lelaki lain!
≠
Saya betul-betul keliru. T0l0nglah, bagaimana
harus saya selamatkan perkahwinan kami?
≠
Sekarang ini, kadangkala saya masih 0k tapi ada
kala murung dan tidak tentu arah. Saya takut jadi gila. Untuk makluman juga,
buat masa ini kami tinggal berjauhan, saya di Semenanjung manakala isteri di
luar Semenanjung. Sesekali kami akan bertemu. Dia memang menunjukkan sikap mahu
berubah dan cuba menawan hati saya tetapi tamparan yang diberi terlalu hebat
bagi saya.
Ceraikan dia dan cuba berkenalan dengan mana2 wanita baru, lelaki yg baik utk perempuan yg baik, tabahlah bro, kalau aku mungkin dah jadi kes bunuh. Xpela dia buat kau, nanti dekat akhirat dia akan kena pembalasan.
ReplyDelete