≠
Kerana NAFSU PELIK ISTERI..SUAMI DIPERB0D0HKAN!!
JIWA DAN BATIN SUAMI Diseksa Kerana NAFSU SYAITAN KUASAI DIRI..Memang Tak Bau
Syurga Isteri Macam Ni
≠
TERKEJUT dan sukar untuk percaya... begitulah
perasaan Ibu N0rmala Rahim (ibu) sebaik sahaja mendengar pengakuan R0kiah
tentang perbuatannya mengenakan ilmu nasi kangkang terhadap suaminya Salleh.
≠
Ibu sering merantau ke sana sini untuk mengubati
pesakit tetapi itulah pertama kali Ibu menerima pelanggan yang sakit gara-gara
perbuatannya mengamalkan ilmu nasi kangkang. Ibu sama sekali tidak menyangka
bahawa pada zaman yang serba canggih ini masih ada insan yang sanggup
mengamalkan ilmu keji dan terkutuk seumpama itu.
≠
Peristiwa itu berlaku di Selang0r tujuh tahun
lalu ketika R0kiah berusia dalam lingkungan 45 tahun. Sewaktu Ibu dibawa
menemui R0kiah, keadaannya uzur dan lemah kesan daripada kepedihan dan
kesengsaraan yang ditanggung bertahun-tahun.
≠
Wajahnya cengkung dan tubuhnya kurus kering.
Kedua-dua belah tapak tangannya sentiasa berkurap dan perut membusung. Badannya
juga dibasah percikan peluh yang berbau busuk dan masam. Mulutnya pula tidak
henti-henti mengeluarkan lendir yang melekit dan menusuk hidung. Kerana mahu
dirinya diubati, R0kiah juga tidak segan-silu menceritakan kepada Ibu bahawa
kemaluannya juga mengeluarkan cecair busuk. Keadaannya sungguh memilukan.
≠
Sepanjang Ibu merawat R0kiah, tiada siapa yang
menjaganya kecuali se0rang saudara yang datang menjenguk dari semasa ke semasa.
Suami dan juga anak-anak semuanya menjauhkan diri mungkin kerana membenci apa
yang telah terjadi.
≠
Pada mulanya R0kiah cuba juga merahsiakan
perbuatannya tetapi pengalaman sebagai pengamal perubatan tradisi0nal selama 15
tahun mengajar Ibu mengenali pesakit secara lebih mendalam. Setelah puas
memujuk, R0kiah akhirnya membuka cerita.
≠
Rupa-rupanya perasaan dendam dan sakit hati
terhadap suaminya mend0r0ng R0kiah memilih jalan sesat itu. Hatinya betul-betul
luka bila mengenangkan sikap suami yang langsung tidak bertanggungjawab dan
tidak berperikemanusiaan.
≠
Menurut cerita R0kiah, Salleh warak 0rangnya
tetapi dalam diam-diam dia sebenarnya liar, ligat dan bermata keranjang.
Walaupun ridak mempunyai pekerjaan tetap, tetapi berkahwin dan bercerai sudah
menjadi mainan hidupnya.
≠
Sehingga kini sudah tujuh kali dia berkahwin
tetapi tanggungjawab sebagai suami tidak pernah dilaksanakan. Dia jarang pulang
ke rumah apatah lagi memberi nafkah kepada keluarga. Sikap lepas tangannya itu
memaksa R0kiah berikhtiar sendiri mencari wang untuk menyara persek0lahan
anak-anak.
≠
Hati R0kiah juga begitu terhiris bila
mengenangkan sikap Salleh yang tidak mengenang budi. Sebagai isteri tua, R0kiah
menjadi tempat mengadu setiap kali suaminya kesempitan wang. Dia jugalah yang
bersusah payah mencari m0dal dengan menjual tanah bila Salleh merancang untuk
berniaga tetapi kesemua peng0rbanannya langsung tidak dihargai.
≠
Setelah sekian lama makan hati berulam jantung,
kesabaran R0kiah akhirnya sampai ke penghujung. Hatinya nekad untuk berbuat
sesuatu bagi menghentikan sifat tidak bertanggungjawab dan miang keladi
suaminya itu.
≠
Dengan bantuan se0rang rakan, dia menemui b0m0h
untuk mempelajari ilmu nasi kangkang bertujuan menjinakkan Salleh. Niat di hati
ingin mengajar suami yang tidak sedar diri. S0al d0sa tidak lagi difikirkan
asalkan hati puas dan hajat tercapai.
≠
R0kiah menceritakan secara terperinci bagaimana
se0rang b0m0h mengajarnya tentang kaedah-kaedah mengamalkan ilmu nasi kangkang
tetapi tidak sanggup rasanya Ibu menceritakan kaedah-kaedah itu... takut nanti
ada 0rang lain yang cuba menirunya.
≠
Bagaimanapun memadailah jika Ibu katakan ia
melibatkan bahan-bahan k0t0r daripada tubuh badan manusia seperti air yang
ditadah semasa mandi, air kencing, darah haid, rambut, kuku dan wap badan.
≠
Kesemua bahan itu digunakan untuk memasak atau
dicampur ke dalam makanan dan minuman suami dengan iringan jampi serapah. Minta
dijauhkan segala amalan khurafat seumpama itu kerana ia sungguh keji dan
jijik... Nauzubillahimin?.alik!!
≠
Setelah beberapa kali mempraktikkan ilmu itu,
Salleh mula memperlihatkan perubahan ketara. Dia jarang keluar rumah kalau
tiada urusan di luar. Kalau keluar bekerja, dia akan segera kembali sebaik
sahaja habis kerja se0lah-0lah tidak mahu berpisah lama dengan R0kiah. Dia juga
mula memberi wang belanja, malah jika diminta semua yang ada padanya pasti
diberikan.
≠
Begitulah taatnya Salleh pada R0kiah sejak
terkena ilmu nasi kangkang. Daripada se0rang suami yang liar, miang dan tidak
bertanggungjawab, dia berubah menjadi baik dan amat mengh0rmati isteri.
≠
Perubahan itu amat menggembirakan R0kiah.
Akhirnya dia berjaya menjinakkan Salleh. Hatinya puas kerana segala usahanya
berjaya. Kini dia tidak risau lagi memikirkan wang belanja harian.
≠
Dia juga tidak perlu bimbang lagi Salleh mencari
wanita lain. Kakinya sudah dirantai dan hatinya sudah dikunci. Ilmu itu tidak
dipraktikkan sekali dua sahaja, sebaliknya diulangi dari semasa ke semasa bagi
memastikan Salleh terus tunduk kepadanya.
≠
Tetapi sesungguhnya Tuhan tidak meredhai
perbuatan keji dan terkutuk seumpama itu. Setelah bertahun-tahun mengamalnya, R0kiah
akhirnya menyedari sedikit kelainan pada diri Salleh.
≠
Walaupun dia sentiasa berada di sisi R0kiah,
tetapi cara pergaulannya terasa hambar dan tawar. Sikap dan tingkah lakunya
lebih kepada se0rang hamba mentaati dan mengh0rmati perintah tuannya.
≠
Lagaknya tidak ubah seperti 0rang bingung dan b0d0h...
tiada kemesraan dan tiada kasih sayang.
≠
Kesedaran itu segera mend0r0ng R0kiah untuk
menilai semula perbuatannya. Dia sama sekali tidak menyangka suaminya menjadi
begitu. Dia mengharapkan se0rang suami yang penyayang, bukannya b0d0h yang
hanya menurut telunjuk isteri.
≠
Sejak itu R0kiah menghentikan segala amalannya.
Dia insaf dan menyesal di atas apa yang berlaku. Air mata jatuh bercucuran bila
mengenangkan apa yang telah dilakukan. Dia berd0sa pada Salleh dan pada Tuhan.
Kini baru dia sedar perbuatannya tidak menguntungkan sesiapa, malah menyusahkan
diri sendiri.
≠
R0kiah segera berusaha memulihkan Salleh tetapi
kurang berhasil mungkin kerana ilmu yang dipraktikkan telah sebati. Dia masih
dalam keadaan bingung dan mungkin mengambil masa yang lama untuk kembali
seperti sediakala.
≠
Sejak itu R0kiah hidup dalam dilema. Tekanan
jiwa yang dialami akibat perbuatannya itu menyebabkan hidupnya tidak tentu
arah. Dia berusaha mencari penawar melalui perubatan m0den dan juga tradisi0nal
tetapi semuanya sia-sia belaka. Keadaannya semakin teruk dan kesihatannya
semakin lemah.
≠
Penyakit darah tinggi menyebabkan keadaannya
bertambah melarat. Lendir busuk dari mulut dan kemaluannya semakin banyak
keluar. Kalau ikutkan hati, memang tak tertahan rasanya menghidu bau busuk itu
tetapi Ibu kuatkan semangat dan berikhtiar sedaya upaya untuk meringankan
penderitaan R0kiah.
≠
Namun manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan
yang menentukan segala-galanya. Setelah lebih setahun Ibu berusaha mengubati R0kiah,
dia akhirnya meninggal dunia tanpa suami atau anak-anak di sisi. Mayatnya
dikebumikan pada malam itu juga memandangkan keadaannya yang b0ny0k.
≠
Itulah balasan Tuhan terhadap se0rang isteri
yang menganiayai suaminya sendiri. Mengamalkan ilmu nasi kangkang bertentangan
dengan agama. Hendaknya janganlah ada sesiapa lagi yang mengamalkan ilmu itu
kerana ia satu perbuatan yang berd0sa besar.
≠
Walaupun niat R0kiah baik, iaitu untuk
menyedarkan suaminya supaya kembali ke pangkal jalan, tetapi cara yang
diamalkan menyalahi agama. Akibatnya dia sendiri makan hati dan hidup merana
hingga akhir hayat. Seribu penyesalan pun tidak membawa sebarang makna kepada
suaminya yang masih berkeadaan bingung hingga hari ini.
≠
Sebelum bertindak fikirlah sedalam-dalamnya dan
banyaklah bersabar kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda dalam hadis yang
bermaksud:
≠
"...Dan sesiapa yang sabar antara para
isteri terhadap kejahatan perangai suaminya nescaya diberikan Allah kepadanya
pahala seperti pahala Asiah isteri Firaun."
0 comments:
Post a Comment