≠
Ia hari menyedihkan bagi M0hd Shazwan Kamaluddin
apabila melihat jenazah rakannya sejak kecil, K0nstabel Ahmad S0bri selamat
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung T0k Mek di Kuala Nerus, awal pagi
Ahad.
≠
Lebih sebak apabila M0hd Shazwan menerima satu
bungkusan kira-kira pukul 5.05 petang pada hari yang sama dari Ahmad S0bri yang
dikirim kepadanya sehari sebelum rakannya itu menaiki helik0pter malang
tersebut.
≠
“Apabila saya menerima bungkusan tersebut dengan
nama rakan saya sebagai pengirim, lutut saya jadi lemah dan saya hampir pitam.
≠
“Saya kemudian teringat ini adalah bungkusan
yang dikirim rakan saya itu dari Sarawak sebagai hadiah kepada saya dan juga
ibu bapa saya yang dimaklumkannya menerusi panggilan telef0n pada Rabu.
≠
“Saya tidak berdaya untuk membuka bungkusan itu
dan menyerahkannya kepada ibu bapa Ahmad S0bri. Biarlah mereka yang pertama
membuka dan menerima hadiah tersebut daripada arwah anak mereka,” kata M0hd
Shazwan yang juga jiran Ahmad S0bri di Kampung Bukit Chempaka, Batu Rakit di sini.
0 comments:
Post a Comment